PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS Kuala Lumpur siasat pelupusan disyaki buangan terjadual di Pintasan Segambut, Kuala Lumpur

arwan 11/07/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS Kuala Lumpur siasat pelupusan disyaki buangan terjadual di Pintasan Segambut, Kuala Lumpur
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
11/07/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

26 Jun 2024, KUALA LUMPUR : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kuala Lumpur menemui lebih kurang 300 buah tong dilonggokan di tapak yang diadu,  susulan dari aduan yang diterima pada 23 Jun 2024 lalu. Beberapa buah tong dari longgokan tersebut  disyaki mengandungi buangan terjadual ( sisa toksik dan berbahaya). Pengarah JAS Kuala Lumpur, Zuraini Ahmad Tajudin berkata susulan aduan itu, pasukan penyiasat JAS Kuala Lumpur telah segera  ke tapak yang diadu bagi memulakan siasatan awal. Seterusnya, operasi bersepadu dijalankan dengan pihak DBKL bagi mengambil tindakan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa agensi masing-masing. Susulan siasatan, JAS juga telah  memasang pita penghalang di kawasan kejadian untuk menghalang sebarang pergerakan keluar masuk kenderaan atau bahan bagi tujuan siasatan. Beliau berkata, Field Citation (FC) sudah dikeluarkan kepada pemilik perniagaan di tapak tersebut supaya tidak membenarkan sebarang kemasukan atau pengeluaran bahan ke dalam kawasan kejadian yang sudah dipasang pita penghadang. Pasukan penyiasat JAS telah menghantar sampel-sampel buangan ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis bagi menentu pasti sama ada bahan yang dilupuskan itu Buangan Terjadual ataupun sebaliknya. Jelasnya, sekiranya buangan didapati adalah buangan terjadual, kes ini akan disiasat  di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. "Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun dan denda tidak melebihi RM 500,000," katanya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan