PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

SEMINAR MOTIVASI, KETERAMPILAN DAN ETIKA PENJAWAT AWAM PERINGKAT JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

4dm1n@d03 11/07/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR MOTIVASI, KETERAMPILAN DAN ETIKA PENJAWAT AWAM PERINGKAT JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
11/07/2024
Organisasi
DOE Melaka
Lokasi
Melaka

Penerangan

27 JUN 2024 Menara Persekutuan, MELAKA - Unit Pentadbiran dan Kewangan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menganjurkan Seminar Motivasi, Keterampilan dan Etika Penjawat Awam peringkat Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 19, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka.   Seminar ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Operasi dan Bahagian Pembangunan serta pegawai-pegawai pentadbiran JAS Negeri Melaka.  Dua (2) taklimat telah disampaikan oleh Encik Nor Azlan bin Sarmudan, Pegawai Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, Negeri Sembilan bertajuk Kepentingan Imej dan Keterampilan Diri (Transformasi Penjawat Awam) dan Etika Kerja & Pembangunan Minda Beretika.   Seminar ini adalah bersesuaian dalam memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka selain memiliki jati diri yang utuh dan bermotivasi namun turut mempunyai ketrampilan yang menarik bagi menarik minat orang ramai untuk memiliki kesedaran yang tinggi dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Sesungguhnya alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.   #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan