Penerangan
3 JULAI 2024, Pontian - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor turut sama menjayakan Karnival Lestari Sekolahku Tahun 2024 sebagai pempamer. Program ini dianjurkan oleh Kelab Kitar Semula SJKC Chi Chih dan Kelab Kitar Semula SJKC Tah Tong Bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang, Pontian dan Pejabat Pendidikan Daerah Pontian.
Yang Berusaha Encik Mohd. Suhaimi bin Mohd. Sanusi, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor turut melawat reruai JAS Negeri Johor. Turut hadir sama, Yang Berusaha Tuan Haji Abd. Rahman bin Salleh, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Yang Berusaha Puan Lee Hwee Ngo, Guru Besar SJKC Chi Chih, Yang Berusaha Encik Soo Yuan Huh, Guru Besar SJKC Tah Tong dan barisan dif-dif jemputan.
Pelbagai pertandingan telah diadakan seperti, Pertandingan Reka Cipta Dengan Menggunakan Bahan Kitar Semula, Pertandingan Mini Pameran, Bengkel Eco Sabun dan banyak lagi.
JAS Negeri Johor ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan sebagai pempamer dan memberi peluang untuk berkongsi informasi kepada para pelajar dan orang ramai serta jemputan sebagai panel penilai bagi setiap acara yang dipertandingkan.