Penerangan
1 JULAI 2024 BATU BERENDAM, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menyertai Program SHE X HR DAY 2024 anjuran Deftech Aviation Sdn Bhd dengan mengadakan pameran kesedaran alam sekitar. Program telah diadakan pada 26 Jun 2024 yang lalu bertempat di Deftech Aviation Sdn Bhd, Batu Berendam, Melaka.
Selain itu, turut diadakan juga kempen derma darah oleh Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Diantara objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, rasa tanggungjawab dan keprihatinan para pekerja premis tersebut terhadap tanggungjawab alam sekitar dan sosial.
Jabatan ini mengalu-alukan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam menggalakkan promosi kesedaran terhadap alam sekitar kepada para pekerja dan orang awam.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama