PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GERAK JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN TRAFIK POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) IPD DAERAH ALOR GAJAH DAN POLIS PERONDA LEBUHRAYA DARI BUKIT AMAN

DOE Melaka 02/07/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GERAK JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN TRAFIK POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) IPD DAERAH ALOR GAJAH DAN POLIS PERONDA LEBUHRAYA DARI BUKIT AMAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
02/07/2024
Organisasi
DOE Melaka
Lokasi
Melaka

Penerangan

25 JUN 2024, ALOR GAJAH - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gerak dengan kerjasama Bahagian Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Alor Gajah dan Polis Peronda Lebuhraya dari Bukit Aman berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.   Operasi ini melibatkan seramai 5 pegawai daripada  Unit Kenderaan Bermotor (UKB) JAS Negeri Melaka yang telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan pelepasan kenderaan berenjin diesel. Pemeriksaan dijalankan dibawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). . Sebanyak tujuh puluh tiga (73) kenderaan telah diperiksa dan diuji. Daripada jumlah tersebut, tiga (3) notis arahan bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 telah dikeluarkan serta tiga (3) buah kenderaan disyorkan untuk tawaran kompaun. . Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. . #KementerianSumberAslidanKelestarianAlam #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan