PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR BERSEPADU BAGI MENCEGAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI PERLIS

DOE Perlis 02/07/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR BERSEPADU BAGI MENCEGAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI PERLIS
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
02/07/2024
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

27 Jun 2024, KANGAR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPK Negeri Perlis, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis pemprosesan ayam di negeri ini. Operasi yang melibatkan 12 pasukan dengan kekuatan 36 orang pegawai penguatkuasa telah dijalankan pada sebelah malam ketika premis-premis tersebut sedang beroperasi. Operasi tersebut berjaya dijalankan ke atas 3 premis pemprosesan ayam di sekitar negeri Perlis yang menumpukan kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 serta pematuhan perundangan di bawah bidang kuasa Jabatan dan Agensi yang terlibat sama. Hasil pemeriksaan tersebut, dua premis telah dikesan tidak mematuhi kehendak peraturan berkenaan dan telah dikenakan tindakan Notis Arahan. Jabatan Alam Sekitar amat komited dalam membenteras pencemaran alam sekitar dan amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh semua agensi yang terlibat. Orang awam adalah diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]. #nres #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_jun2024

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan