Penerangan
Chuping, 25 Jun 2024 - Jabatan Alam Sekitar Malaysia menekankan bahawa pengurusan buangan terjadual yang betul perlu juga diberi keutamaan dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di semua sektor termasuklah institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia.
Perkara tersebut dinyatakan kepada peserta Konvensyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Institut Pendidikan Tinggi 2024 bertempat di IBC Chuping Valley, Chuping, Perlis oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis yang dijemput sebagai pembentang kertas yang bertajuk 'Pengurusan Buangan Terjadual: Peruntukan Perundangan dan Isu-Isu Penguatkuasaan di Institusi Pendidikan Tinggi'.
Program anjuran Majlis Bersama Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IPT/IPP (MBKKP) dan Pusat Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (COSHE) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang dihadiri oleh wakil IPT seluruh Malaysia telah diadakan dengan objektif untuk berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di samping meningkatkan kefahaman mengenai isu-isu KKP dalam aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan termasuklah pengurusan buangan terjadual yang terhasil.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis berharap agar aspek pengurusan buangan terjadual dapat dimantapkan dalam konteks keselamatan dan kesihatan pekerjaan di IPT demi kelestarian alam sekitar negara kita.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_JUN2024
#mbkkp
#coshe_unimap