Penerangan
ARAU, 22 JUN 2024- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah turut serta menjayakan Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Kampung Kebun, Arau.
Program telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Megat Hashirat Bin Hassan, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Perlis bagi Sains, Teknologi & Inovasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi, Alam Sekitar, Bioteknologi & Teknologi Hijau, Perpaduan Masyarakat dan Kesihatan dan turut diiringi oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Mohamad Zamri bin Kamis.
Sepanjang program, JAS Perlis telah menyediakan reruai pameran bagi memberi kesedaran kepada para pengunjung selain menyediakan kemudahan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian dan Program Pengumpulan e-Waste bagi meningkatkan kesedaran berkaitan pengurusan ewaste kepada komuniti.
Pameran, Program Rakan Alam Sekitar (RAS) dan Pengumpulan e-Waste merupakan inisiatif JAS dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
JAS sentiasa komited dalam melaksanakan program-program kesedaran alam sekitar bagi memastikan setiap warga masyarakat khususnya di Negeri Perlis sentiasa cakna akan kepentingan penjagaan alam sekitar.
"Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"
"E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara"
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_JUN2024