14 Jun 2024, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah selesai menjalankan Ops Gempur bilangan 6/2024 atau dinamakan Ops Rambai pada kali ini ke atas premis-premis yang bukan ditetapkan (PYBDT) daripada 10 hingga 14 Jun 2024.
Operasi Gempur kali ini memfokuskan pematuhan premis keatas Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) di sekitar Kawasan Perindustrian Bukit Rambai. Seramai 20 pegawai penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menyertai ops ini.
Sebanyak 10 premis perindustrian telah diperiksa yang membawa kepada 9 Arahan di Lapangan, 4 penahanan operasi kelengkapan (POK), 5 penyediaan kertas siasatan untuk pertuduhan di mahkamah, 2 penyediaan kertas siasatan bagi Izin Mengkompaun dan 8 Notis Arahan telah diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka di atas ketidakpatuhan AKAS 1974.
Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka