Penerangan
25 Jun 2024 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah mengadakan Mesyuarat Induk Program Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 Bil.2/2024 di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil agensi lain yang terlibat seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), SWCorp dan Cenviro.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi berkenaan kerana bersedia untuk bersama-sama dengan jabatan ini untuk menjalankan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024.