Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E- WASTE) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2024 DENGAN KERJASAMA SEKOLAH MENENGAH AGAMA CHUAH
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 30/06/2024
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
- Lokasi
- Negeri Sembilan
Penerangan
21 Jun 2024, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Sekolah Menengah Agama Chuah dan dan Rakan Strategik iaitu MC Asset Malaysia Sdn Bhd telah menganjurkan program Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik (e-waste) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024.
Program bermula pada jam 8.30 pagi telah mendapat sambutan yang amat baik daripada pelajar dan guru-guru di Sekolah Menengah Agama Chuah.
JAS Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berbentuk kesedaran alam sekitar dan menyokong usaha pelbagai pihak dalam menjalankan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Jom hantar e-waste ke tempat pengumpulan yang berdaftar. Layari laman sesawang https://ewaste.doe.gov.my/ atau muat turun aplikasi 'MyEwaste' untuk mengetahui tempat pengumpulan yang terdekat.
"E-waste Dikitar Bumi Terpelihara"
"Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama