PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

SESI RUNDINGAN DUA HALA ANTARA JABATAN ALAM SEKITAR DENGAN PLANMALAYSIA BERHUBUNG DENGAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

DOE WP Putrajaya 28/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI RUNDINGAN DUA HALA ANTARA JABATAN ALAM SEKITAR DENGAN PLANMALAYSIA BERHUBUNG DENGAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
28/06/2024
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya>Ibu Pejabat

Penerangan

21 Jun 2024, PUTRAJAYA - Satu sesi rundingan dua hala antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan PLANMALAYSIA berhubung dengan pelaksanaan projek-projek pembangunan telah diadakan di JAS Ibu Pejabat. Sesi rundingan dua hala ini dipengerusikan oleh Puan Rohimah Binti Ayub, Pengarah Bahagian Penilaian, Jabatan Alam Sekitar dan telah dihadiri oleh TPr. Zamirzan bin Puji, Pengarah Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan, PLANMALAYSIA Ibu Pejabat serta wakil daripada PLANMalaysia@Pahang, JAS Negeri Pahang dan pegawai - pegawai JAS Ibu Pejabat. Sesi rundingan ini diadakan bagi membincangkan isu - isu berhubung keselarasan cadangan projek pembangunan yang mengemukakan Laporan EIA dengan Rancangan Pemajuan khususnya yang melibatkan pembangunan di Negeri Pahang. Beberapa resolusi positif telah dapat dicapai antara kedua -dua belah bagi memastikan kelestarian dalam pembangunan dapat dilaksanakan. #NRES #Jabatanalamsekitar #Alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan