PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFFLUEN PERINDUSTRIAN (IETS)

DOE Johor 27/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFFLUEN PERINDUSTRIAN (IETS)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
27/06/2024
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

20 JUN 2024, JOHOR BAHRU - Unit Notifikasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti pengilangan makanan di Taman Kempas Utama berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 5(3) & 5(4), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009 bagi 1 unit Sistem Pengolahan Effluen Perindustrian (IETS) Hasil pemeriksaan verifikasi dilapangan mendapati terdapat punca - punca air paip di kawasan IETS. Punca - punca effluen dan peralatan performance monitoring juga tidak dilabelkan. Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil tindakan segera dengan menanggalkan punca - punca air paip dan langkah penambahbaikan pada 'as built drawing', rekod pemantaun prestasi dan laporan bergambar bagi kesemua sistem. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan