Penerangan
20 JUN 2024, Pasir Gudang - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah dijemput memberi ceramah berkaitan perundangan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang perlu dipatuhi oleh pihak premis dan hala tuju penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar. Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor juga membuka kaunter pendaftaran Rakan Alam Sekitar yang membawa motto ‘Kami Mahu Gaya Hidup Lestari’ kepada warga kerja Kiswire Sdn. Bhd.
Diharap perkongsian hari ini dapat memberikan gambaran kepada pihak premis untuk merangka pelan ke arah kelestarian alam sekitar.