Penerangan
Sempena Majlis Pelancaran Ikon Alam Sekitar Negeri Selangor anjuran Jabatan Perhilitan Negeri Selangor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah dijemput untuk mengadakan pameran kesedaran alam sekitar pada 8 Jun 2024 bertempat di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Hulu Selangor. Majlis ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor yang telah berkenan melancarkan Ikon Alam Sekitar Negeri di Pusat Konservasi Tapir Sungai Dusun.
JAS Selangor mengalu-alukan sebarang kerjasama bagi penganjuran aktiviti berkaitan Communication, Education and Public Awareness (CEPA) oleh mana-mana pihak yang berminat. Jabatan juga akan terus komited menyampaikan informasi berkaitan alam sekitar kepada komuniti setempat dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat setempat tentang tanggungjawab menjaga alam sekitar