Penerangan
25 Jun 2024 Kuching
Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak telah menerima kunjungan daripada Sarawak Energy Berhad (SEB) yang bertujuan bagi membincangkan isu-isu berkenaan pendaftaran dan penggunaan sistem atas talian MyPremis bagi kesemua kemudahan dan stesen janakuasa milik SEB yang tertakluk kepada pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di seluruh Negeri Sarawak. Selesai perbincangan, sesi hands on penggunaan MyPremis telah diberikan oleh pegawai-pegawai JAS Sarawak kepada pihak SEB. Di akhir perbincangan dan sesi hands on telah menyelesaikan hampir keseluruhan isu-isu yang dibawa oleh pihak premis.