PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI STATIK BERSEPADU “OPS GERAK?? UNIT KENDERAAN MOTOR JAS SELANGOR BIL 6/2024 (PETROL) DAN BIL 8/2024 (PETROL MOTOSIKAL) BERSAMA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK, IBU PEJABAT POLIS DAERAH SERDANG

DOE Selangor 27/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI STATIK BERSEPADU “OPS GERAK?? UNIT KENDERAAN MOTOR JAS SELANGOR BIL 6/2024 (PETROL) DAN BIL 8/2024 (PETROL MOTOSIKAL) BERSAMA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK, IBU PEJABAT POLIS DAERAH SERDANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
27/06/2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang telah menjalankan Operasi Statik Bersepadu Kenderaan Berenjin Petrol di Plaza Tol BESRAYA Arah Balakong pada 10 Jun 2024 bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Sejumlah 252 buah kenderaan berenjin petrol pelbagai jenis dan 35 buah motosikal telah melalui sekatan jalan raya di sepanjang masa operasi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 83 buah kenderaan dan 5 buah motosikal telah ditahan dan menjalani ujian pelepasan bahan pencemar bergas Karbon Monoksida dan Hidrokarbon menggunakan “Gas Analyser??. Manakala Notis Arahan pemeriksaan semula di PUSPAKOM telah dikeluarkan kepada pemilik sebuah van perdagangan dan 3 buah motorsikal di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Para pemilik kenderaan berenjin petrol adalah diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan