Penerangan
Kelab Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter (RAS UiTM SC) dengan kerjasama Pejabat Industri, Komuniti dan Alumni (+ICAN), Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, Electronic Recycling Through Heroes (ERTH) dan MAXIS telah mengadakan Program Jom Lupus : E-Waste 2024 (Siri 11) sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2024 bertempat di Loji Pandu, Pengajian Kejuruteraan Kimia, Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Shah Alam.
Program yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah bertujuan untuk memberi pendedahan secara akan kepentingan pelupusan E-Waste yang betul kepada pelajar UiTM dan masyarakat sebagai salah satu usaha untuk mendidik dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar.