Pegawai penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kajang telah menjalankan rondaan dan siasatan aduan Kawasan Seksyen 5,6 dan 7 Bukit Mahkota dan Kawasan Tapak Sampah Haram Sg Tangkas Bangi pada cuti hujung minggu 15 Jun 2024. Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang di kawasan rondaan dan aktiviti pembakaran terbuka. Keadaan tapak sampah haram di Bukit Mahkota juga masih terkawal tetapi masih terdapat sedikit asap yang terhasil.
JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di
[email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.