PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI STATIK BERSEPADU KENDERAAN BERENJIN PETROL UNIT KENDERAAN MOTOR JAS SELANGOR DAN BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK, IBU PEJABAT POLIS DAERAH KLANG

DOE Selangor 27/06/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI STATIK BERSEPADU KENDERAAN BERENJIN PETROL UNIT KENDERAAN MOTOR JAS SELANGOR DAN BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK, IBU PEJABAT POLIS DAERAH KLANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
27/06/2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan telah menjalankan Operasi Statik Bersepadu Kenderaan Berenjin Petrol di Jalan Kebun, Klang pada 13 Jun 2024 bermula jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Sejumlah 299 buah kenderaan berenjin petrol pelbagai jenis dan 84 buah motosikal telah melalui sekatan jalan raya di sepanjang masa operasi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 8 buah kenderaan dan sebuah motosikal telah ditahan dan menjalani ujian pelepasan bahan pencemar bergas Karbon Monoksida dan Hidrokarbon menggunakan “Gas Analyser??. Manakala Notis Arahan pemeriksaan semula di PUSPAKOM telah dikeluarkan kepada pemilik sebuah van perdagangan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Para pemilik kenderaan berenjin petrol adalah diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan