PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 27/06/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
27/06/2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

Pegawai penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor komited menjalankan rondaan dan siasatan aduan di beberapa kawasan perindustrian di Petaling Jaya pada cuti hujung minggu, 16 Jun 2024. Rondaan dan pemantauan dijalankan sebagai langkah awal mencegah pencemaran alam sekitar dengan memantau aktiviti mencurigakan atau yang berisiko mencemarkan seperti pelepasan efluen tidak terawat. Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang di kawasan rondaan dan aktiviti pembakaran terbuka. JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di [email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan