Penerangan
JAS Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JAS Selangor (KESAS) akan mengadakan program seminar dua (2) hari bertajuk
“PENDEKATAN PERUNDANGAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PEMATUHAN PENGURUSAN EFLUEN PERINDUSTRIAN DAN UDARA BERSIH.??; dan
??PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL: KE ARAH EKONOMI KITARAN YANG MAMPAN??
Seminar ini akan dirasmikan oleh Puan Nor Aziah Jaafar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Sehubungan itu, sukacita JAS Negeri Selangor ingin menjemput pihak YBhg. Dato’/Tuan/Puan atau pegawai Orang Yang Berwibawa (OYB) di premis YBhg. Dato’/Tuan/Puan, untuk menyertai program seminar dengan butiran seperti berikut:
Tarikh: 17 & 18 Julai 2024 (Rabu & Khamis)
Masa: 7.30 pagi – 5.30 petang
Tempat: IDCC Shah Alam
Yuran Penyertaan : RM450/Peserta/Hari/Seminar
Tuan/puan yang hadir layak untuk dapatkan CPD 6 jam, dan HRD Corp Claimable
Penyertaan & sokongan dalam melestarikan alam sekitar daripada pihak Tuan/puan amatlah dihargai.