Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan siasatan aduan di beberapa kawasan perindustrian di sekitar Shah Alam pada cuti hujung minggu 16 Jun 2024. Pasukan peronda memulakan rondaan di lokasi kes pencemaran air biru sebelum ini dan mendapati kawasan air longkang dan parit di sekitar kawasan telah kembali seperti sedia kala.(air jernih). Rondaan dan siasatan juga mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang dan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan rondaan. Pemantauan dari masa ke semasa akan dijalankan.
JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di
[email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.