PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 27/06/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS NEGERI SELANGOR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
27/06/2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

Klang, 8 Jun 2024 – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan siasatan aduan di kawasan industri dan komersial di Kawasan Klang Utara. Hasil siasatan mendapati kebanyakan premis tidak beroperasi terutama pada hari minggu. Tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang yang beroperasi dan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan rondaan. Pemantauan dari masa ke semasa akan dijalankan. JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di [email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan