PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Operasi Bersepadu (Ops Gerak) Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

DOE Sarawak 26/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Operasi Bersepadu (Ops Gerak) Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/06/2024
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak

Penerangan

14 Mei 2024, Kuching – JAS telah menjalankan Operasi Gerak Bersepadu (Ops Gerak) bersama BSPT dan JPJ selama seminggu bermula dari tarikh 6 Mei 2024 hingga 10 Mei 2024. Operasi ini melibatkan seramai sembilan pegawai dari JAS Negeri Sarawak dan JAS Cawangan Sibu, enam anggota dari BSPT Daerah Betong dan Saratok serta tiga pegawai JPJ Daerah Sarikei dan Mukah yang tertumpu kepada penguatkuasaan pelepasan asap hitam dari kenderaan diesel di bawah Peraturan 11(1) PPKAS (Kawalan Pelepasan Dari Kenderaan Enjin Diesel) 1996. Dalam operasi ini, JAS Sarawak telah menjalankan sebanyak 190 ujian visual dari perbagai kenderaan berenjin diesel. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, sebanyak 25 kenderaan telah diuji dengan menggunakan meter asap dan tiga notis di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 telah dikeluarkan yang mana memerlukan kenderaan-kenderaan ini menjalani kerja-kerja pembaikan dan perlu hadir semula di kemudahan PUSPAKOM berhampiran untuk ujian semula.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan