Penerangan
15 Mei 2024, KUCHING – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak telah menganjurkan sesi kolokium bertajuk ‘Sistem dan Teknologi Alat Kawalan Pencemaran Udara’ yang telah disampaikan secara hibrid (secara fizikal dan juga atas talian). Kolokium disampaikan oleh Pengarah Eksekutif, Encik John De Kock dan Pengurus Jualan, Encik Sean Yap iaitu wakil dari Syarikat Excel Air Engineering Sdn. Bhd. Kolokium ini bertujuan bagi meningkatkan kefahaman berkenaan MS 1723:2017 (Malaysia Standard) penilaian prestasi sistem kawalan dan rawatan pencemaran udara (pengumpul habuk kering). Pihak syarikat tersebut menyampaikan perkongsian kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang Teknologi Kawalan Pencemaran Udara bagi mengatasi pelepasan pencemar dari operasi Kilang Kelapa Sawit. Kolokium ini penting kerana berkait rapat dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan pematuhan Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling. Sesi kolokium ini telah disertai oleh seramai 30 orang pegawai JAS Sarawak.