Penerangan
20 Jun 2024- Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan rondaan laut bersama pasukan Polis Marin yang diketuai Koperal Perabu Lohanathan di kawasan perairan di Negeri Perlis.
Operasi yang melibatkan kekuatan 8 orang anggota pasukan peronda daripada JAS dan Polis Marin dengan menggunakan aset bot peronda polis PSC 19 melibatkan kawasan bermula di POS Batu Putih persempadanan Negeri Perlis -Thailand sehingga Kuala Sanglang persempadanan Negeri Perlis-Kedah.
Tujuan rondaan laut ini adalah untuk menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam sekeliling 1974 (Akta 127) dan Akta Zon Ekonomi Ekslusif 1984 di kawasan perairan Malaysia bagi memastikan tiada sebarang pencemaran atau aktiviti pelepasan buangan atau tumpahan minyak ke laut daripada aktiviti-aktiviti yang berpotensi seperti pergerakan feri penumpang dan RORO dari Kuala Perlis ke Langkawi, bot-bot nelayan atau perkapalan di kawasan rondaan. Sepanjang rondaan marin dijalankan tiada tumpahan minyak dan pencemaran lain di kesan.
JAS Negeri Perlis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pihak Polis Marin di atas jalinan kerjasama yang diberikan. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan demi memastikan alam sekitar kita khususnya di Negeri Perlis terus terpelihara.
‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama??
#nres
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_jun2024