PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

Kunjungan Hormat Kepada Residen Bahagian Miri

DOE Sarawak 26/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kunjungan Hormat Kepada Residen Bahagian Miri
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/06/2024
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Miri

Penerangan

17 Mei 2024, KUCHING – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) merupakan agensi kolaborasi bersama dan selaku Ahli Jawatankuasa penganjur Program Latihan Melawan Tumpahan Minyak Ex Empurau telah mengadakan kunjungan hormat kepada Residen Bahagian Miri, Tuan Haji Jamalie Bin Haji Busri di pejabat rasmi beliau bertempat di Kompleks Islam Sarawak, Miri. Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan dan memohon penglibatan bersama Tuan Haji Jamalie sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri. Latihan Ex Empurau akan berpandukan tiga dokumen seperti Malaysia Oil Spill Contingency Plan (MOSCoP), Malaysia Oiled Wlidlife Respone Plan (MOWRep) dan Pelan Tindakan Pembersihan Pantai (PTPP). Pihak Residen Bahagian Miri amat menyambut baik dan memberi kerjasama terhadap Program Latihan Melawan Tumpahan Minyak Ex Empurau. yang akan diadakan pada 10 hingga 14 Jun 2024 di Bahagian Miri. Tuan Haji Jamalie Bin Haji Busri juga telah ditaklimatkan berkaitan aktiviti-aktiviti dan pengisian Program Latihan Melawan Tumpahan Minyak Ex Empurau yang akan dilaksanakan kelak.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan