PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MESYUARAT JAWATANKUASA EIA-TRC BAGI MEMBINCANGKAN CADANGAN PEMBANGUNAN KEDIAMAN DI ATAS LOT 4249, JALAN KOLAM AIR, MUKIM SETAPAK, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

DOE WP Kuala Lumpur 25/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA EIA-TRC BAGI MEMBINCANGKAN CADANGAN PEMBANGUNAN KEDIAMAN DI ATAS LOT 4249, JALAN KOLAM AIR, MUKIM SETAPAK, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
25/06/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

KUALA LUMPUR, 29 Mei 2024 – Mesyuarat Environmental Impact Assessment Technical Review Committee (EIATRC) dipengerusikan oleh Puan Zuraini binti Ahmad Tajudin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan bertujuan membincangkan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi Cadangan Pembangunan Kediaman Di Atas Lot 4249, Jalan Kolam Air, Mukim Setapak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai penilai Laporan EIA, Encik Luqman bin Baharudin serta ahli-ahli EIATRC yang terdiri daripada Jabatan-Jabatan Teknikal yang dilantik. Laporan EIA dibentangkan oleh perunding yang dilantik oleh penggerak projek merangkumi keadaan semasa tapak projek, perancangan projek, langkah-langkah kawalan yang akan disediakan, isu dan lain-lain maklumat  berkaitan cadangan projek. Penggerak projek hendaklah sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 semasa peringkat cadangan pembangunan, pembinaan dan apabila projek beroperasi kelak. Keperluan penyediaan Laporan EIA untuk kelulusan JAS adalah termaktub di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan