Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PAMERAN ALAM SEKITAR SEMPENA SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH ANJURAN KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA GEMENCHEH (MRSM), NEGERI SEMBILAN
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 27/06/2024
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
- Lokasi
- Negeri Sembilan
Penerangan
13 JUN 2024, Gemencheh- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah dijemput untuk mengadakan pameran alam sekitar sempena sambutan Hari Koperasi Sekolah.
Program ini turut dihadiri oleh kakitangan MRSM dan pelajar-pelajar MRSM. JAS Negeri Sembilan melalui Unit Pendidikan dan Kesedaran telah mengadakan pameran berkenaan kesedaran alam sekitar yang bermatlamat untuk memberi kesedaran berkenaan kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan edaran risalah yang mengandungi info kepentingan menjaga alam sekitar dan mengenai Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik (E-waste).
Selain itu, pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) juga dibuka bersempena dengan program ini.
JAS Negeri Sembilan sentiasa komited dalam menyokong usaha-usaha pihak MRSM di negeri ini di dalam kempen menerapkan budaya pemuliharaan alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama