PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG/BEAUFORT

DOE Sabah 24/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG/BEAUFORT
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
24/06/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>BEAUFORT

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG/BEAUFORT TARIKH : 28.05.2024 MASA : 8.00 AM - 05.00 PM ANGGOTA : PPK WANA/PJ MH/PJ MKA/PO AY TUGAS : 1. Pemantauan tumpahan minyak di kawasan Material Off Loading Facility (MOLF) SOGIP 2. Ambil sample tumpahan minyak untuk tujuan pemantauan 3. Rondaan Darat KAWASAN RONDAAN:- Sipitang-KK PENEMUAN : 1??? Pemantauan tumpahan minyak - Hari kedua pemantauan menggunakan dron mendapati radius tumpahan minyak masih sekitar 50m dari kapal karam - Semasa pasukan di lokasi, tiada kerja pembersihan dilakukan kerana pekerja masih menunggu peralatan seperti pump dibawa ke lokasi tumpahan. Hanya kelihatan 1 lori tanker kapasiti 500L di lokasi - Pasukan telah mengambil 2 sample tumpahan minyak di laut untuk tujuan pemantauan dan 1 sample fingerprint minyak diesel dari escavator yang karam semasa kejadian. Sample telah dihantar ke JKM untuk analisis - Pasukan ke pejabat SOGIP dan telah berjumpa dengan En Azrul, Opration Manager untuk dapatkan maklumat berkaitan aktiviti kawalan tumpahan. Beliau maklumkan hanya buat pemantauan pembersihan oleh pihak PL Agro dan tanggungjawab membersih kawasan tumpahan adalah dibawah PL Agro - En Azrul maklumkan juga ini adalah insiden pertama yang berlaku di kawasan SOGIP dan belum ada apa-apa peralatan kawalan tumpahan/SOP untuk kawal minyak di peringkat awal. Pihak SOGIP meminta tempoh masa sehingga esok bagi menyelesaikan isu tumpahan minyak - Makluman dari pihak PL Agro, oil boom yang dibeli akan dipasang di lokasi tumpahan pada esok hari kerana alat masih ada di KK - Setakat harini, belum ada aduan awam diterima oleh JAS yang diakibatkan oleh insiden tumpahan minyak tersebut TINDAKAN PENGUATKUASAAN 1. FC dikeluarkan kepada pihak SOGIP untuk membantu PL Agro dalam menyelesaikan kes tumpahan minyak sehingga selesai. 2. Rondaan dari semasa ke semasa Cuaca : Panas dan hujan sebelah petang Sekian.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan