Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN
TARIKH : 23.05.2024 (Khamis)
MASA:10.30AM - 7:30PM
PEGAWAI PERONDA :
PJ ASAS & Pmd KH
KAW. RONDAAN:
BATU 7 - BATU 32 - Jalan Sapi Nangoh - Jalan Sapi - Terusan
TUGAS:
1. Pemantauan kebakaran di kawasan Desa Padi Plantation
2. Pemantauan alat GRIMM dan keadaan SK Lidong.
3. Rondaan OMPT
PENEMUAN:
PEMANTAUAN KEBAKARAN DIKAWASAN DESA PADI PLANTATION
1. Kebakaran dikawasan yang sama berulang semula pagi tadi, dan dianggarkan lebih kurang 100 ekar.
2. Kebakaran berpunca daripada cuaca panas dan angin kuat.
3. Keadaan jalan dan bentuk muka bumi yang lembut, (kawasan nipah) hanya dapat diakses dengan jentera berat.
4. Terdapat juga satu kebakaran belukar anggaran 20m sedang berlaku di kawasan bertentangan jalan.
5. Penolong pengurus Mr. Lawrence telah menghubungi pihak bomba Beluran untuk tindakan pemadaman.
6. Ketua Balai Bomba Beluran, Tuan Edoen Macheal memaklumkan kepada penolong pengurus bahawa tiada anggota yang dapat datang ke Desa Padi buat masa ini, kerana terlibat dengan operasi pemadaman kebakaran di Kg Pinangkau.
PEMANTAUAN ALAT GRIMM DAN SEKITAR KAWASAN SEKOLAH SK LIDONG
1. Keadaan di sekitar kawasan sekolah adalah cerah dengan sedikit berjerebu. Terdapat juga sedikit bau asap.
2. Bacaan meter menunjukkan keadaan udara disekitar juga normal.
RONDAAN OMPT
Tiada PT lain dikesan semasa rondaan
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
Tiada
CATATAN:
1. Pemantauan berkala melalui rondaan darat.
Cuaca :
Cerah / Panas
Sekian.