PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG

DOE Sabah 24/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
24/06/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>BEAUFORT

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG TARIKH : 23.05.2024 (Khamis) MASA : 8.30 am - 5.00 pm ANGGOTA : PPKK JJ, PJ MKA & PO AY TUGAS : 1. Lawatan pemeriksaan CAC PYBDT di Kimanis, Membakut. 2. Menyempurnakan serahan Notis kepada Magatang Quarry dan mengambil keterangan saksi tujuan melengkapkan Kertas Siasatan Izin Kompaun. 3. Rondaan Darat OMPT. KAWASAN RONDAAN: ?? Beaufort - Membakut - Bongawan - Kimanis - Keningau. PENEMUAN: ??? TAMPIASA WOOD PRODUCT ENTERPRISE 1. Premis beroperasi semasa lawatan dan aktiviti adalah memproses bata merah. Tumpuan pemeriksaan Per.BT dan Per.UB. Semakan ESWIS tidak memuaskan kerana gagal mengemaskini rekod inventori. Semakan PB pemasangan 3 unit Janakuasa dan 1 unit cerobong dilengkapi penggahar telah diperolehi pada 14 November 2023 tetapi belum mengemukakan borang pengisytiharan PB. 2. Pemeriksaan mendapati premis belum mengadakan stor BT. Sebuah drum mengandungi SW305 tidak dilengkapi label dan logo BT. 3. Kawasan bahan mentah, simpanan bahanapi dan kawasan proses (moulding dan kebuk bakar) kurang tersusun sempurna dan kotor kerana tidak mengamalkan 'good housekeeping'. 4. Tiada aktiviti PT dikesan sewaktu rondaan. ??? MAGATANG QUARRY 1. Memperjelaskan arahan-arahan terkandung dalam Notis S.31 dan S.37 dan sempurnakan serahan Notis berkenaan kepada wakil premis. 2. Mengambil keterangan bertulis saksi bagi tujuan melengkapkan Kertas Siasatan Izin Kompaun. TINDAKAN PENGUATKUASAAN : 1. FC: Membina stor BT dan melupuskan BT. Memasang label BT pada bekas mengandungi SW305 dan mengurus sisa-sisa buangan dikategori sebagai BT merujuk Garispanduan BT. 2. Menyediakan sebuah kolam takungan untuk efluen yang keluar daripada scrubber dan tidak membenarkan efluen itu mengalir ke mana-mana alurair sebelum dirawat terlebih dahulu. 3. Mengamalkan 'good housekeeping' seluruh kawasan premis. 4. Membekalkan garispanduan BT dan senarai pengangkut BT. Cuaca: Panas dan hujan sebelah petangnya. Sekian, dilaporkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan