Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN
TARIKH : 19.05.2024 (AHAD)
MASA:12.00PM - 22:00PM
PEGAWAI PERONDA :
KC SDKN, PJ ZP, PJ ASAS & PO KH
KAW. RONDAAN:
Jln Labuk , Jln Sapi Nangoh, Trusan Sapi, Kg Lidong
TUGAS:
1. Pemantauan operasi pemadaman kebakaran di Desa Padi Plantation / Trusan Rice
2. Pemantauan Alat Grimm dan cerapan data.
3. Rondaan OMPT
PENEMUAN:
PEMANTAUAN OPERASI PEMADAMAN KEBAKARAN DISYAKI TANAH GAMBUT
1. Semasa tiba lokasi tersebut terdapat 2 double cab dan 1 lori bomba di bahu jalan anggota dari balai sandakan, kinabatangan dan seramai 16 anggota beroperasi memadam kebakaran.
2. Kawasan kebakaran terlibat adalah berdekatan sungai Loupa yg berpaya yg disyaki tanah gambut telah merebak ke kanan kawasan
3. Pasukan bomba masih giat mencari kaedah untuk memadam kebakaran.
4. Jentera jengkaut pihak Desa Padi Plantation telah melakukan firebreaker yg semakin luas, menghamburkan / mengaurkan kawasan Tanah
5. Pihak bomba bercadang memecahkan ban utk membiarkan air memasuki kawasan kebakaran dengan menggunakan jentera Desa Padi Plantation
6. Pasukan bomba kinabatangan dan sandakan masih standby di kws yg berdekatan
7. Pihak bomba juga masih berusaha memadam kebakaran di area paitan kg keindangan dgn anggota 15 org pada hari ini.
8. Melalui tinjaun dron api masih marak.
9. En Jusman selalu pegawai penyelia dari balai kinabatangan memaklumkan api mulai merebak lewat tengahari disebabkan cuaca panas dan tiupan angin
10. Wakil Desa Padi Plantation en Yap hui yam yang hadir sama diingatkan agar memberikan kerjasama penuh kepada pihak bomba
11. Pihak Desa Padi Plantation juga dinasihatkan mengaktifkan Pasukan Emergency Response Team dengan serta merta
PEMANTAUAN ALAT GRIMM DI SK LIDONG
1. Kehadiran asap dan bau masih ada pada lewat petang
2. Keadaan alat Grimm adalah baik
3. Cerapan data dibuat pada pukul 7.00 mlm.
4. Bacaan kualiti udara masih di dalam keadaan sederhana(IPU<100)
RONDAAN OMPT
Tiada PT dikesan semasa rondaan
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
Tiada
CATATAN:
1. Pemantauan berkala hendaklah dibuat di sekitar kws kebakaran
2. Pemantauan melalui drone
Cuaca :
Cerah / mendung / hujan
Sekian.