PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN LAWATAN TAPAK & RONDAAN ?? UNIT EIA & INPUT PEMBANGUNAN

DOE Sabah 24/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN LAWATAN TAPAK & RONDAAN ?? UNIT EIA & INPUT PEMBANGUNAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
24/06/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>BEAUFORT

Penerangan

LAPORAN LAWATAN TAPAK & RONDAAN ?? UNIT EIA & INPUT PEMBANGUNAN TARIKH : 17 Mei 2024 HARI : Jumaat MASA : 7.00 Pagi - 5.00 Petang ANGGOTA : PP(K) FM, PPK(T) MP, PJ RLSK, PMD ACD & 3 orang Pelajar Latihan Industri TUGAS : 1. Lawatan ke Tapak Projek EIA Cadangan Pembinaan Kemudahan Pemerolehan Kembali dan Pengolahan Buangan Terjadual (Luar Tapak) yang terletak di sebahagian Lot 2-9, PL.196290767, Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP), Sipitang, Sabah 2. Rondaan Darat OMPT LOKASI : ??1. Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP), Sipitang?? ??2. Sepanjang Perjalanan Pergi dan Balik dari Pejabat ke Sipitang?? LAPORAN & PENEMUAN : - 1. Lawatan ke lokasi tapak aktiviti yang dicadangkan bertujuan untuk mengenalpasti aktiviti gunatanah di sekitar tapak, penerima sensitif, melihat keserasian dan kesesuaian pembangunan aktiviti yang dicadangkan di lokasi tapak berkenaan. 2. Kawasan terletak di zon perindustrian perindustrian berat di Sabah Oil & Gas Industrial Park (SOGIP). Keadaan semasa tapak projek yang dicadangkan (sebahagian tanah rata dan elevated di sebahagian kawasan serta vegetated). 3. Aktiviti gunatanah sekeliling pada sekitar radius 500 meter terdiri daripada aktiviti perindustrian iaitu Loji Pengeluaran Ammonia & Urea milik Petronas Chemical Fertilizer Sdn Bhd pada jarak 120 meter daripada tapak yang dicadangkan. 4. ???Lawatan juga dijalankan di mana data baseline diambil iaitu bagi persampelan kualiti air permukaan, kualiti air bawah tanah, kualiti udara dan bunyi bising. Pihak Jururunding EIA diminta untuk mengubah lokasi persampelan bagi kualiti air permukaan (upstream & downstream) kerana lokasi baseline yang dipilih tidak bersesuaian. 5. ???Kawasan dan penerima sensitif alam sekitar yang dikenalpasti adalah Kg. Long Kinangan ~ 1 KM dari sempadan tapak yang dicadangkan dan Sungai Senulop ~ 1.2 KM dari sempadan tapak yang dicadangkan. 6. ???Aktiviti yang dicadangkan dilihat serasi dan sesuai dengan aktiviti gunatanah sekeliling. Tiada penerima sensitif alam sekitar pada jarak radius 500 meter zon penampan minimum yang disyorkan dalam garis panduan Guidelines on Siting and Zoning of Industries and Residential Area (SZIRA, 2012). 7. ???Rondaan darat OMPT juga dijalankan semasa perjalanan pergi dan balik dari pejabat ke lokasi tapak projek. ??? Tiada pembakaran ?? terbuka dikesan sepanjang laluan. CUACA: Mendung dan hujan renyai-renyai. ??????? Sekian laporan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan