PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN

DOE Sabah 24/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
24/06/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>SANDAKAN

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN TARIKH : 16.05.2024 (Khamis) MASA : 7:00AM - 6:30PM PEGAWAI PERONDA : PPKK SSJ & PJ SAK KAWASAN RONDAAN Lahad Datu - Jeroco - Tomanggong - Lahad Datu TUGAS: 1. CAC di KKS Tomanggong. 2. Rondaan OMPT. PENEMUAN: KKS Tomanggong 1. Sistem Kawalan Pencemaran Udara telah dinaiktaraf dengan pemasangan ESP : telah siap dan beroperasi dengan baik. Pemberitahuan Bertulis telah diperolehi, surat rujukan JAS.SHQ.600-3/1/007 SK(6) bertarikh 8.8.2022. Pengisytiharan Bertulis telah diperolehi, surat rujukan JAS.SHQ.600-3/1/7 SK(9) bertarikh 8.1.2023. 2. OYB bagi pengurusan Buangan Terjadual (En. Painsin Somidin : No. Sijil CePSWaM/03083) & Sistem Pengolahan Efluen (En. Aaron Dahin : No. Sijil CePOME/00242) telah disediakan. 3. ???Buangan terjadual dikendalikan mengikut peraturan BT 2005 dan distorkan mengikut garispanduan penstoran BT. Tidak ada tumpahan BT berlaku. Pelupusan terkini adalah pada 18 Mac 2024 oleh kontrakgor berlesen Lagenda Bumimas Sdn Bhd dan rekod pelupusan (nota konsainan) telah dikemaskini dalam sistem ESWIS. 4. ???Pemeriksaan kawasan pelupusan efluen Pengairan Tanah di ladang: Tiada pelepasan / limpahan efluen diperhatikan ke alur air. 5. ???Kolam pengolahan Anaerobik No. 3 telah dipenuhi mendakan enapcemar yg berpotensi mengganggu keupayaan perawatan kolam pengolahan efluen. 6. ???Alat pemantau pelepasan asap cerobong iaitu Smoke Density Meter dan peralatan CEMS perlu diselenggara dan dikalibrasi. 7. ???Kemudahan Stor Simpanan TKKS tidak dibina mengikut garis panduan JAS dimana masih terdapat limpahan TKKS diluar kawasan simpanan tersebut yg mana berpotensi menghasilkan efluen tambahan iaitu leachate yg terhasil ketika hujan. 8. Incinerator masih beroperasi tanpa sistem kawalan pencemaran : Arahan supaya tidak mengoperasikan Incinerator tanpa SKPU mengikut pekeliling yg telah dikeluarkan oleh JAS Ibupejabat. 9. KKS telah memperolehi PB bagi pembinaan Biogas Plant, Polishing Plant & 1unit Dewatering System for Continuous Desludging. Kerja pembinaan tapak sedang berjalan dan di jangka siap pada April 2025 tahun hadapan. PB rujukan : JAS.SHQ.600-3/1/7 Jld.2(11) bertarikh 15 Mac 2024. RONDAAN OMPT 1. Tiada PT dikesan sepanjang rondaan. TINDAKAN PENGUATKUASAAN: 1. Field Citation. 2. Syor Notis Arahan. CATATAN: - Pemeriksaan turut menggunakan Dron. Cuaca : - Pagi : serah - Tengahari : hujan - Petang : cerah Sekian.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan