PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

Rondaan Pemantauan Pembakaran Terbuka, Pemantauan Kawasan Industri dan Siasatan Susulan Aduan.

DOE Kedah 21/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Rondaan Pemantauan Pembakaran Terbuka, Pemantauan Kawasan Industri dan Siasatan Susulan Aduan.
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
21/06/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

15 Jun 2024 - Kulim, Kedah Pada hujung minggu kali ini, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kulim telah mengerakkan satu pasukan rondaan bagi memantau pembakaran terbuka, kawasan industri serta siasatan susulan aduan. Lokasi pemantauan pembakaran terbuka dijalankan di kawasan industri Taman Makmur dan perumahan berdekatan. Hasil pemantauan didapati tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan di kawasan ini. Pemantauan seterusnya dijalankan di kawasan industri Padang Meha. Hasil pemantauan di sekitar kawasan ini juga didapati tiada sebarang pembakaran terbuka. Penelitian yang dijalankan menemukan banyak premis-premis yang tidak beroperasi berikutan cuti pada hujung minggu. Rondaan hari ini juga menyasarkan lawatan susulan pada lokasi-lokasi aduan terdahulu. Dapat disimpulkan, tiada aktiviti baru yang ditemukan pada lokasi-lokasi aduan terdahulu. Orang ramai adalah diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka. Pihak Jabatan Alam Sekitar Kulim juga menjalankan aktiviti mempromosi larangan pembakaran terbuka dengan mengedar risalah-risalah- berkenaan larangan pembakaran terbuka ini. Orang ramai adalah dinasihatkan untuk terus bersama-sama pihak Jabatan untuk terus memelihara dan memulihara alam sekitar demi kelestarian alam sekitar kita. Sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar boleh disalurkan ke talian bebas tol 1-800-88-2727.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan