PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Rondaan Pencegahan Pembakaran Terbuka, Pemantauan Kawasan Industri dan Pemantauan Sungai.

DOE Kedah 21/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Rondaan Pencegahan Pembakaran Terbuka, Pemantauan Kawasan Industri dan Pemantauan Sungai.
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
21/06/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

21 Jun 2024 - Kulim, Kedah Pada sesi pemantauan minggu ini, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kulim telah menggerakkan pasukan pemantauan pembakaran terbuka, pencegahan pencemaran di kawasan industri serta pemantauan sungai. Lokasi pemantauan pencegahan pembakaran terbuka dijalankan di kawasan industri Kuala Ketil dan perumahan berdekatan. Hasil pemantauan mendapati tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan di kawasan ini. Pemantauan seterusnya dijalankan di kawasan tapak bina di Padang Serai. Hasil pemantauan di sekitar kawasan ini juga mendapati tiada sebarang pembakaran terbuka. Pasukan rondaan telah mengedarkan risalah- risalah berkaitan larangan pembakaran terbuka ini kepada pekerja dan penyelia di tapak projek ini. Rondaan pemantauan juga memfokuskan pemantauan kualiti air sungai secara fizikal di Sungai Ular yang merupakan sungai utama yang melalui 'water intake' di muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Ular yang membekalkan air bersih kepada penduduk Kulim. Hasil pemerhatian ini mendapati kualiti fizikal air sungai ini dalam keadaan baik dan normal.Rondaan hari ini juga menyasarkan lawatan susulan pada lokasi-lokasi aduan terdahulu. Orang ramai adalah diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka. Pihak Jabatan mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar bersama-sama berganding bahu menjaga alam sekitar kita. Sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar boleh disalurkan ke talian bebas tol 1-800-88-2727.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan