Penerangan
12 Jun 2024 - Pendang, Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah memenuhi jemputan menyampaikan ceramah & pameran alam sekitar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pendang, Kedah.
Ceramah bertajuk 'Pengurusan Buangan Elektrik & Elektronik (e-Waste)' telah disampaikan oleh Encik Mohd. Firdaus bin Samsudin, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan, JAS Negeri Kedah.
Pameran alam sekitar berkaitan e-waste dan peralatan penguatkuasaan kenderaan bermotor juga turut diadakan serentak ceramah berlangsung. Program ini telah dihadiri oleh 700 orang yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru MRSM Pendang.
Program pendidikan dan kesedaran pengurusan 'e-waste' ini merupakan salah satu usaha JAS untuk memberikan kesedaran kepada komuniti termasuklah institusi pendidikan agar bersama-sama memulihara alam sekitar selaras dengan slogan JAS iaitu “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama??.
Jom hantar e-waste ke tempat pengumpulan yang berdaftar. Layari laman sesawang https://ewaste.doe.gov.my/ atau muat turun aplikasi 'MyEwaste' untuk mengetahui tempat pengumpulan yang terdekat.
"e-waste dikitar, bumi terpelihara"