PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel|Peralatan ICT

Latihan ??Hands-On Remote Pilot Training Program?? Dalam Kes Siasatan Pembakaran Terbuka JAS Kedah Tahun 2024

DOE Kedah 21/06/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Latihan ??Hands-On Remote Pilot Training Program?? Dalam Kes Siasatan Pembakaran Terbuka JAS Kedah Tahun 2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
21/06/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

LATIHAN "HANDS-ON REMOTE PILOT TRAINING PROGRAM" DALAM KES SIASATAN PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN JAS KEDAH 2024 Alor Setar, 12 hingga 13 Jun 2024 - Unit Dron JAS Kedah dengan kerjasama AR Skyventure Sdn Bhd telah menganjurkan Latihan Hands-On Remote Pilot Training Program dalam Kes Siasatan Pembakaran Terbuka dan Pemantauan Pencemaran kepada seramai 25 pegawai daripada setiap bahagian dan cawangan JAS Kedah. Latihan yang berlangsung selama dua (2) hari tersebut bertujuan mendedahkan peserta dengan tatacara penerbangan dan pengendalian pesawat tanpa pemandu (drone) dari segi prosedur keselamatan, perundangan dan latihan praktikal di lapangan. Latihan ini juga bertujuan mempertingkatkan bilangan pegawai yang berkebolehan untuk mengendalikan dron terutamanya dalam insiden pembakaran terbuka, siasatan aduan pencemaran alam sekitar dan pembangunan projek-projek yang tertakluk di bawah Perintah EIA. Para peserta turut didedahkan dengan aset, aksesori dan keupayaan dron yang terdapat di JAS Kedah selain diberi peluang untuk mencuba simulasi penerbangan secara teori dalam perisian komputer. 

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan