PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

EXECUTIVE TALK: ENHANCING ENVIRONMENTAL COMPLIANCE FOR GREENER FUTURE

DOE Kedah 21/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
EXECUTIVE TALK: ENHANCING ENVIRONMENTAL COMPLIANCE FOR GREENER FUTURE
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
21/06/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

SUNGAI PETANI, 11 JUN 2024 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar Kedah (KASKED) telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk “Executive Talk: Enhancing Environmental Compliance for Greener Future?? bertempat di Purest Hotel Sungai Petani, Kedah. Seminar tersebut dihadiri oleh sekitar 250 orang peserta daripada pelbagai latar belakang industri serta 12 syarikat pempamer yang mempromosi perkhidmatan berkaitan pengurusan alam sekitar. Seminar telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab dan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Ahmad Shakir Arus, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran mewakili Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah serta Timbalan Pengarah JAS Kedah, Encik Mohd Fitri Mohd Mokhtar dan Encik Mohd Nazri Ramli. Turut hadir adalah wakil InvestKedah, MBI serta MPC Wilayah Utara. Antara topik yang diperbincangkan dalam seminar tersebut ialah “Characterization of Scheduled Wastes?? dan “Circular Economy: Cradle-to-Cradle Concept?? oleh Encik Nur Mizhuari Abdul Samat, Ketua Cawangan JAS Sungai Petani, “Odour Removal and Waste Water Treatment?? oleh Encik Jeffrey Goh (IMS Worldwide (M) Sdn Bhd, dan “Contaminated Sites Management?? oleh Encik Ng Hon Seng (EEHSSE Consulting Sdn Bhd). Seminar tersebut juga dijalankan bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (World Environment Day - WED) Tahun 2024 yang disambut pada 05 Jun setiap tahun. Tema sambutan WED pada tahun ini ialah “land restoration, stopping desertification and building drought resilience?? menekankan usaha penting dalam memerangi kemerosotan alam sekitar dan menggalakkan pembangunan mampan. Turut diadakan adalah majlis penyampaian lesen kepada premis-premis yang ditetapkan. Pengarah JAS Kedah turut menyampaikan sijil penghargaan khas kepada Orang Yang Berwibawa (OYB) dari Kilang Sumirubber Malaysia Sdn. Bhd. iaitu Puan Nur Dahlia binti Ruslan yang telah bertindak pantas memaklumkan JAS tentang kejadian tumpahan lateks bercampur ammonia dan menggerakkan pembersihan segera yang telah berjaya mengelakkan sungai terdekat dari dicemari. Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah berharap agar semua Orang Yang Berwibawa (OYB) dan Environmental Officer (EO) dapat memainkan peranan masing-masing dalam mengawasi operasi premis.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan