Penerangan
09 Jun 2024, Langkawi, Kedah
Jabatan Alam Sekitar Kedah Cawangan Langkawi telah dijemput untuk mengadakan ceramah dan pameran sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2024 di Maktab Rendah Sains Mara, (MRSM) Langkawi, Kedah.
Program tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran seramai 300 org pelajar dan staff MRSM Langkawi. JAS Cawangan Langkawi juga berperanan menyampaikan hebahan mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar melalui program pengumpulan buangan elektrikal dan elektronik (e-waste), kempen larangan melakukan aktiviti pembakaran terbuka dan sesi pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar kepada pelajar, staff dan penghuni kuarters MRSM Langkawi.
Pada program tersebut juga, sebanyak 200 kg sisa e-waste berjaya dikumpulkan daripada penghuni kuarters MRSM Langkawi dan pengumpulan e-waste ini telah dijalankan oleh kontraktor yang berlesen dengan JAS. Turut diadakan pertandingan doodle art untuk pelajar MRSM Langkawi yang bertemakan e-waste bagi memeriahkan lagi aktiviti sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2024.
Diharapkan program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar, orang awam dan komuniti setempat mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.