PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI KEDAH SEMASA CUTI MINGGUAN

DOE Kedah 21/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI KEDAH SEMASA CUTI MINGGUAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
21/06/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

08 Jun 2024 - Daerah Kota Setar, Pokok Sena, Kubang Pasu, Yan, Pendang dan Kulim, Kedah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah giat menjalankan rondaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di semua kawasan di Negeri Kedah khususnya di kawasan perindustrian, loji rawatan air (LRA) dan tapak pembinaan. Siasatan di kawasan pembakaran tapak pelupusan sisa pepejal haram di Taman Bukit Mahkota dan Taman Kulim Square mendapati tiada kesan-kesan pembakaran baharu dilakukan. Amaran secara lisan telah diberikan kepada penduduk perumahan sekitar. Namun begitu, siasatan aduan di Taman Sentosa,Kulim mendapati kawasan belukar sekitar telah dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tindakan susulan yang lebih tegas akan diambil bagi kes ini. Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 dan http://eaduan.doe.gov.my.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan