PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PANTAU PUNCA PENCEMARAN OLEH JAS NEGERI KEDAH

DOE Kedah 21/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PANTAU PUNCA PENCEMARAN OLEH JAS NEGERI KEDAH
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
21/06/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

07 Jun 2024 - Pokok Sena, Pendang, Kubang Pasu, Kuala Muda dan Kulim, Kedah Pasukan penguatkuasa JAS Negeri Kedah meneruskan tangungjawab menjalankan rondaan pada hari cuti mingguan bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di negeri ini. Kawasan rondaan meliputi Kawasan Perindustrian Ringan Pendang, Kawasan Perindustrian Ringan Pokok Sena, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kawasan Perindustrian Darulaman, Kawasan Perindustrian Gurun, Kawasan Perindustrian Bakar Arang, Kawasan Industri Taman Waja, Kawasan Industri Kulim Hi-Tech, Kulim Square, Padang Meiha, kawasan tapak pembinaan, kawasan perumahan dan loji rawatan air sekitar Negeri Kedah. Nasihat, amaran dan edaran pamplet larangan pembakaran terbuka juga telah diberikan kepada orang awam dan premis industri di sekitar kawasan yang dironda tersebut. Premis industri yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga telah dikenakan penahanan operasi kelengkapan (POK). Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan