PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

KUNJUNGAN KERJA PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC) KE JAS NEGERI KEDAH

DOE Kedah 21/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN KERJA PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC) KE JAS NEGERI KEDAH
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
21/06/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

06 Jun 2024 - Alor Setar Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab telah menerima kunjungan kerja daripada Pengurus Kanan (Senior Manager) Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Pejabat Wilayah Utara, Encik Mohd Khairil Anuar Amir Hamzah. Turut hadir bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan, Encik Mohd Nazri Bin Ramli dan pegawai-pegawai JAS Negeri Kedah. Semasa kunjungan kerja tersebut, pihak MPC telah memberikan taklimat ringkas berkaitan fungsi dan peranan MPC dan menyatakan hasrat untuk melaksanakan jalinan kerjasama bersama JAS terutamanya melibatkan premis-premis industri dan pemantauan pencemaran alam sekitar di Negeri Kedah. Jabatan Alam Sekitar Kedah mengalu-alukan hasrat MPC untuk menjalinkan kerjasama dan sentiasa menyokong segala usaha murni dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan