Penerangan
5 Jun 2024, Alor Setar, Kedah
Bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2024, satu program kesedaran dan cintai alam sekitar di kalangan 30 orang warga kerja jabatan telah dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah bertempat di pesisir Pantai Leman, Kuala Kedah.
Objektif program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran semua peserta mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dan membersihkan kawasan persisir pantai disamping mempromosikan budaya gotong royong mengutip sampah dan amalan gaya hidup lestari selaras dengan slogan JAS iaitu "Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama".
Program dimulakan dengan sesi senaman regangan badan melalui aktiviti zumba sebelum aktiviti mengutip sampah di pesisir pantai dimulakan. Turut hadir menjayakan program adalah Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab Pengarah JAS Kedah.
JAS sentiasa komited dalam melaksanakan program-program kesedaran alam sekitar bagi memastikan setiap warga masyarakat sentiasa cakna akan kepentingan penjagaan alam sekitar