PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) OLEH JAS NEGERI MELAKA

DOE Melaka 21/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) OLEH JAS NEGERI MELAKA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
21/06/2024
Organisasi
DOE Melaka
Lokasi
Melaka

Penerangan

7 Jun 2024, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka kini giat melaksanakan aktiviti Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) susulan cuaca panas dan kering pada masa ini. OMPT yang dilaksanakan adalah rondaan di sekitar kawasan Ayer Molek, Melaka. Rondaan telah dijalankan pada 5 Jun 2024 yang lalu dimana pemasangan banner larangan pembakaran terbuka turut dipasang sebagai peringatan berkenaan larangan pembakaran terbuka dimana ia merupakan suatu kesalahan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.   Orang awam adalah dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara dan alam sekitar selain membahayakan harta benda sekiranya api yang dibakar merebak dan gagal dikawal.   Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka tidak akan berkompromi terhadap penjenayah alam sekitar yang melakukan pencemaran alam sekitar. Sebarang aduan pencemaran boleh diadu di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php.   #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan