Penerangan
KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIKAL DAN ELEKTRONIK ISI RUMAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2024
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis akan mengadakan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik Isi Rumah bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2024.
Kempen tersebut akan dijalankan seperti butiran di bawah :
* Tarikh : 22 Jun 2024 (Sabtu)
* Jam : 07:30 pagi - 01:00 petang
* Tempat : Dewan Kampung Kebun, Arau
E-waste merupakan barangan elektrikal dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau lama / usang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan pendingin hawa. Orang ramai yang ingin melupuskan barangan tersebut secara selamat dan mematuhi perundangan adalah dialu-alukan untuk menyertai kempen ini.
"E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA"
#nres
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_jun2024
#harialamsekitarsedunia2024