PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PENCEMARAN SUNGAI BERWARNA GELAP DI KAMPUNG KWONGSAI, SEGAMAT, JOHOR.

DOE Johor 17/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PENCEMARAN SUNGAI BERWARNA GELAP DI KAMPUNG KWONGSAI, SEGAMAT, JOHOR.
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
17/06/2024
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

15 Jun 2024, Segamat: Jabatan Alam Sekitar Cawangan Muar telah menjalankan siasatan aduan pencemaran sungai berwarna gelap di Kampung Kwongsai, Daerah Segamat hasil maklumat aduan yang diterima daripada Pejabat YB Parlimen Sekijang. Aduan adalah berkenaan keadaan sungai yang berwarna gelap. Hasil siasatan setelah menyelusuri aliran sungai mendapati punca pencemaran adalah daripada limpahan kumbahan yang dikenalpasti pada manhole dari laluan kumbahan di Kawasan Perindustrian Segamat II yang seterusnya ke alur air berhampiran dan terus ke laluan sungai di Kampung Kwongsai. Siasatan turut dijalankan bersama pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Penyelaras Parlimen Kawasan Sekijang serta wakil penduduk Kampung Kwongsai. Arahan di lapangan bagi tindakan segera pembaikan dan tindakan penyelenggaraan laluan air kumbahan telah dikeluarkan kepada pengendali loji kumbahan. Jabatan Alam Sekitar Cawangan Muar akan terus memantau tindakan pembaikan oleh pengendali loji kumbahan supaya kejadian pencemaran ini tidak berulang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan