PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KILANG AIS KRIM DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN

DOE Johor 21/06/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KILANG AIS KRIM DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
21/06/2024
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

12 JUN 2024, PONTIAN, JOHOR - Pegawai Penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) bertindak diatas aduan awam pelepasan efluen tidak terawat berpunca daripada premis menghasilkan produk aiskrim di kawasan Pontian. Aduan didapati berasaskan dan premis juga telah diarahkan serta-merta membendung pelepasan efluen dan membersihkan longkang yang dicemari dibawah Seksyen 31(1)(g) dan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas alat pengeluaran di bawah Seksyen 38a(1)(a) dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam. Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan